DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
NAMA PENSYARAH:
PUAN YUSIDAWATI BINTI YUSOF
NAMA AHLI KUMPULAN:
ADILLA BINTI ADANAN 02DSK15F1015
NURAMIRAH BINTI ZAMRI 02DSK15F1034
NUR' AIN BINTI ZAKARIA 02DSK15F1041
NOR ALLIA SYAFIEQA BINTI RAZALI 02DSK15F1052
NURFAIZAH BINTI SHAMSUL BAHRI 02DSK15F1056
Bismillahirrahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pengenalan
Budaya bergotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas; tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, bergotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan.
Amalan bergotong-royong sememangnya telah lama menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya masyarakat Melayu di desa yang kaya dengan adat bermasyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Kesibukan masyarakat bandar yang kerap membawa diri sendiri dan mementingkan kerjaya dan kebendaan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri dalam amalan ini.
Sikap bergotong-royong juga patut diamalkan di kalangan pelajar. Penglibatan para pelajar dalam kerja gotong-royong dapat mendedahkan mereka kepada cara hidup bermasyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan lain-lain. Contohnya, dalam kegiatan persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan lebih lancar dan tanpa gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong. Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.
Dalam perbincangan pula, sikap bergotong-royong pun turut menguntungkan para pelajar. Jika pelajar bekerjasama menyediakan bahan-bahan untuk sesi perbincangan, perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar. Pengetahuan tentang tajuk yang dibincangkan juga bertambah kerana setiap pelajar akan berusaha untuk mencari isi-isi penting yang boleh dibincangkan.
Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh para pelajar bukan sahaja kerana dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat. Ini adalah kerana mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejirananan dan menguatkan perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar.
DEFINISI GOTONG
ROYONG
“Bersatu kita teguh, bercerai kita
runtuh!”
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong
diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini,
selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas perwujudan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah
satu nilai sosial ekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.
Gotong royong merupakan satu aktiviti berkumpulan atau bersama-sama
secara sukarela. Amalan ini telah dipraktikkan dan diwarisi sejak zaman
berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi baru yang hanyut
dengan keseronokan dunia dan keselesaan yang tiada batasan. Hanya berapa
peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Gotong royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam dimana Islam
menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi antara satu sama lain.
Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan
seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan
Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai
saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.
CONTOH AKTIVITI
GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM
·
Menjalankan aktiviti pembersihan kawasan perumahan secara beramai-ramai
atau berkumpulan.
·
Menjemput jiran tetangga semasa kenduri-kendara diadakan di rumah.
·
Hadir beramai-ramai ketika aktiviti menyembelih binatang korban semasa
hari raya aidiladha.
·
Membuat kempen besar besaran di kawasan perumahan bagi tujuan
pembersihan kawasan rumah.
·
Membuat program gotong-royong perdana di IPTA masing-masing.
Rajah menunjukkan segelintir pelajar IPTA telah mengikuti program
gotong-royong.
KEBAIKAN GOTONG
ROYONG
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah
amalan ini dapat mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama
untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan
ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat
pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak
menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh
masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah,
amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara
masyarakat terutama di kawasan urbanisasi.
Aktiviti
gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting
di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan
Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau
secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan
rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Seterusnya,
aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah
masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk
dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan.
Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat
dalam masyarakat.
Jika amalan ini diamalkan dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan akan meningkat dengan begitu ketara kerana semua ahli dalam sesebuah masyarakat itu saling kenal mengenali antara mereka. Kekerapan mereka berjumpa ketika melakukan sesuatu aktiviti menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah masing-masing yang mengukuhkan perpaduan antara mereka dalam jangka masa panjang. Jelaslah, amalan yang sudah lama diamalkan ini berupaya untuk menghidupkan semua semangat perpaduan antara kaum di negara ini yang mula dilupakan oleh penduduknya.
Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti keamanan negara akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami satu sama lain dengan mendalam. Keamanan negara yang stabil ini amat penting untuk memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya sebarang gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan menerima kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan bidang ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati. Sesungguhnya, amalan gotong-royong menjadikan negara ini aman dan membolehkan semua pihak menikmati kemakmuran ekonominya.
KEPENTINGAN AMALAN GOTONG ROYONG
1.
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi
lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang
berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat
dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
2. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman
permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen.
Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang
suci, yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa
kekitaan,prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu
hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal
ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu
menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan
kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli
masyarakat.
3.
Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya
dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara
gotong-royong, pasti kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan
tersebut ditempah daripada syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang
perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan aktiviti
kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih
rendah jika dijalankan secara gotong-royong
4. Selain itu, amalan gotong-royong ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. Misalnya, anggota masyarakat boleh mengamalkan semangat tolong-menolong dalam menyiapkan kerja-kerja semasa majlis perkahwinan. Kesannya, hubungan silaturahim dapat dieratkan.
5. Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.
6. Hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, aktiviti
gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini
bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Muafakat Membawa Berkat’. Pada pendapat
saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen
yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti
gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah
memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam
kehidupan seharian. Amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.
RUJUKAN
- https://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/amalan-gotong-royong-masih-teguh-diamalkan-di-kalangan-masyarakat-di-luar-bandar-berbanding-masyarakat-di-bandar/
- https://essaysarefun.wordpress.com/2015/06/03/kebaikan-kebaikan-gotong-royong/
- DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Ulasan
Catat Ulasan